Jgn copy...k?!

Friday, January 24, 2014

RocketDock 1.3.5

            Yo!!Pekabar sume??Sihat??Bagos...Ade masalah??Selesaikan sendirilah!!!Hahaha....Gomen...Post  kali ni bukannye bercerite tentang masalah atau kesihatan....Kali ni tentang aplikasi utk Windows iaitu RocketDock...Kalu dah tau tentang perisian ni,takyah bace pon takpe... =w=  Kalu tak tau tentang RocketDock,bagoslah kerane aku nak memperkenalkan aplikasi ni kepade korang...

            RocketDock merupekan bar yg mempunyai ikon pintasan & latar belakang...Dock  pade  asalnye merupekan bar tugas hanye utk Mac OS...Penggune Windows tak dapat merasai penggunaan ciri ni...Make,terciptalah RocketDock utk pare penggune Windows.Lihat screenshot d bwh utk cth RocketDock...






            Apebile kursor dihalakan ke atas,muncullah item-item dlm satu barisan yg dikenali sebagai RocketDock...Item-item ni merupekan pintasan aplikasi,fail & folder yg kerap kite gunekan...RocketDock dapat dikatakan sebagai penyimpan tambahan utk pintasan aplikasi sekirenye ruang QuickLaunch(utk Win Vista ke bwh) atau ruang di bar tugas(utk Win 7 ke atas) dirasekan tak cukop...

               Utk menambah item ke RocketDock,cume perlu tarek item tu ke dock tersebot.Item leh ditarik drpd menu Start,bar QuickLaunch,desktop,tetingkap Explorer dan kebanyakan lokasi.




Anda juge leh menambah lebeh drpd satu item serentak.Selaen care tarek dan jatoh,anda juge leh lakukan dgn mengklik kanan memane item pade RocketDock dan pileh Tambah Item.Selaen menambah fail dan laluan(folder),anda gak leh menambah ikon kosong(takde sebarang kegunaan pon),pemisah,tong kitar semula,tetapan Dock dan jam RocketDock.

Menambah fail baharu







Menambah laluan(folder)

Pemilihan folder


Selesai menambah folder

Penambahan ikon kosong takkan aku tunjukkan krn item tu takde sebarang fungsi khas.  

Penambahan pemisah(tidak kelihatan utk tema Blank)




Penambahan Tong Kitar Semula
Tong Kitar Semula merupekan item yg dapat diintegrasikan dgn RocketDock.

Utk mengosongkan Tong Kitar Semula,anda tak perlu ke folder Recycle Bin yg selalunye terletak d desktop.Hanye klik kanan pd ikon Tong Kitar Semula & pileh Empty Recycle Bin(bergantong pade bahase Windows anda).



Sile amek perhatian bahawe ikon Tong Kitar Semula kosong dgn yg berisi berbeze pade RocketDock.



Sekirenye anda nak melihat fail d dlm Recycle Bin,klik ikon Tong Kitar Semula pd RocketDock dahulu.

Menambah Tetapan Dock
                Tetapan Dock ialah item panel kawalan RocketDock.Item ni berfungsi utk menetapkan RocketDock yg akan dibincangkan kemudian.




Menambah Item Henti
Item Henti mungken sesuatu yg tak bergune tapi anda leh klik utk menamatkan RocketDock.Item ni tiade ikon yg khas.Maka item ni menggunekan ikon tande tanye.


Menambah Jam Dock
RocketDock menyediekan jam analog khas yg leh dletakkan bersame-same item len.Jam RocketDock menunjokkan jam dlm format <Day>,<M D,Y>.


Aku dah tunjokkan item-item yg leh ditambah.Skrg aku nak ajar care menukar ikon sesuatu item lak.Memule,klik kanan pada item dgn ikon yg korang nak tukar tu.Pastu,pileh Tetapan Ikon...


Skrg pilehlah ape-ape fail yg nak dijadikan sebagai ikon item.RocketDock akan mengambil ikon fail yg dipileh.Ikon drpd imej berbentok bebas dan teradun alpha(lutsinar) amat disokong.


Utk menambah direktori folder bagi mendapatkan lebeh byk pilihan ikon,klik + dan pileh folder yg dikehendaki.



Ketike anda memileh sesuatu fail,ikon fail tu akan dipaparkan d ruang Pratonton.


                Utk membuang sesuatu direktori,pileh direktori tu & klik -.





Sifat merupekan ruang tetapan yg membolehkan anda mengawal pelbagai sifat item apebile diklik.
Nama merupekan label item yg muncul apebile tetikos dilalukan d atas item tu.
Sasaran ielah lokasi item tu dlm komputer anda.
Mula di merupekan direktori item yg dipileh.Mula di berbeze dgn Sasaran krn Sasaran menunjokkan lokasi fail item beserte dgn name penoh fail item tu termasoklah sambungan fail manekale Mula di hanye menunjokkan folder lokasi fail item.Lihat screenshot  d bwh utk lebeh fhm.


Argumen menunjokkan parameter barisan arahan(command line) tmbhn utk item dipileh & hanye utk penggune genius!
              Lari menetapkan keadaan awal tetingkap yg diwakili oleh sesuatu item apebile item tu diklik.Terdapat 3 pilihan iaitu Normal,Diminimumkan dan Dimaksimumkan.Jike anda memileh  Normal utk sesuatu item,keadaan tetingkap aplikasi yg diwakili item tu apebile dibuke same ade diminimaiz/dimaksimaiz akan ditentukan oleh sifat asal aplikasi tu.Jike anda pileh Diminimumkan,aplikasi/folder yg diwakili item akan terbuke dlm saiz minimum apebile diklik.Jike anda pileh Dimaksimaizkan,aplikasi/folder yg diwakili item akan terbuke dlm saiz maksimum apebile diklik.



Buka yang Aktif merupekan tetapan yg agak penting.Biasenye hanye berkesan utk pintasan folder yg disimpan di RocketDock.Terdapat 3 pilihan iaitu Guna Tetapan Global,Selalu & Jangan.Jike anda memileh Selalu utk sesuatu item folder/aplikasi,tetingkap sedie ade folder tu akan terus aktif apebile anda klik item tu sekirenye folder/aplikasi tu dh dibuke sebelom ni.Jike pileh Jangan,tetingkap baharu utk folder/aplikasi tu akan dapat dibuke walaupon tetingkap folder/aplikasi tu dh dibuke sblom ni.Pileh Guna Tetapan Global utk tetapan asal seperti yg ditetapkan oleh pengaturcara sesuatu aplikasi same ade aplikasi tu leh dibuka lebeh drpd sekali atau sebaleknye.


  Menu pop keluar memberikan pilihan utk memaparkan menu klik kanan normal ketike klik kanan pd sesuatu folder/aplikasi/fail RocketDock same seperti klik kanan item2 tu pd tetingkap Explorer.Lihat cth d bwh utk faham.






Utk membuang sesuatu item,hanye perlu tarek kuar item tu drpd RocketDock....Poof....!Item tu akan hilang!Ataupon klik kanan pd item tu & pileh Padam Item.

              Kedudukan RocketDock leh ditukar di spjg tepi skrin same ade d kiri,kanan,atas/bawah.Pileh Posisi skrin & seterosnye kedudukan yg dikehendaki.


               Sembunyi auto ialah pilihan yg menentukan same ade RocketDock akan sembunyi secare automatik apebile kursor dijauhkan drpd sisi skrin atau teros berade pade sisi skrin.Jike anda memilih Sembunyi auto,RocketDock akan disembunyikan secare automatik apebile anda menjauhkan kursor drpd kedudukan RocketDock tu.Sebaleknye,RocketDock akan teros berade pade skrin dan tak disembunyikan walaupon anda dah jaohkan kursor.



                Kunci Item merupekan satu pilihan yg melarang anda melakukan perubahan terhadap kedudukan item2 RocketDock.Jike anda memileh Kunci Item,anda takleh mengubah kedudukan item dan membuang memane item kerane telah dikunci secare tetap di posisi masing2.




Berhenti merupekan pilihan terakher dlm menu klik kanan pada sesuatu item RocketDock.Anda mungken tak akan menggunekan pilihan ni kerane sekirenye anda klik pada Berhenti,operasi RocketDock akan tamat.Anda mungken akan memileh utk menghentikan RocketDock pade waktu tertentu.Contohnye apebile anda mahu menggerakkan sesuatu tetingkap Windows dan utk melakukan tu,anda perlu klik & tarek bar tajuk.Anda mungkin secare tak sengaje akan klik memane item RocketDock.Make,anda mungkin akan memilih utk memberhentikan operasi RocketDock.


Sekarang,aku nak tunjukkan tetapan RocketDock.Utk mengubah tetapan RocketDock,klik kanan pade memane item RocketDock dan pileh Tetapan Dock… seperti yg telah aku nyatekan tadi.Berikot merupekan tetingkap tetapan RocketDock yg akan dipaparkan.

              Tetapan RocketDock terbahagi kpd enam bahagian iaitu Umum,Ikon,Posisi,Gaya,Sikap & Tentang.Aku nak tunjukkan tetapan di ruang Umum dahulu.Di ruang ni,anda akan melihat ruang tetapan Bahasa yg diletakkan di atas.Anda leh memileh bahase yg anda mahu gunekan utk RocketDock.


Terdapat 49 bahasa yg leh dipileh.Versi asal tak menyediekan bahase Melayu tetapi aku dah mengedit fail bahasa Inggeris kpd bahasa Melayu.Teknik penggodaman bahase akan aku tunjukkan nanti jike anda teroskan membace post ni. =u=

          Jike anda memileh Mulakan dari startup,perisian RocketDock akan dimulakan secara automatik setiap kali anda memulakan sistem(system startup).

            Jike anda memileh Simpan tetapan di dalam INI mudah alih(pengguna tunggal),satu fail tetapan konfigurasi dgn tajuk Settings.ini akan disimpan di dalam direktori akar RocketDock(C:\Program Files\RocketDock).


                Pilihan Kecilkan tetingkap ke Dock membolehkan anda menyimpan tetingkap yg diminimaizkan ke dock  sebagai item RocketDock.Utk Windows Vista ke atas dgn komposisi desktop(DWM) dibolehkan,paparan waktu sbnr akan ditunjukkan dlm tetingkap yg diminimaizkan tu.Contohnye apebile anda meminimaizkan tetingkap Windows Media Player yg sedang memainkan video,anda maseh leh melihat video tu dlm bentuk terminimaiz di ruang RocketDock.




Larang animasi minimaiz bertujuan utk melarang animasi minimaiz & maksimaiz tetingkap ke dock.


                Jike anda memileh Penanda Aplikasi Aktif,satu penunjuk iaitu segitiga menunjuk ke bwh akan dipaparkan di atas ikon aplikasi yg aktif.Berdasarkan screenshot d bwh,penanda menunjukkan bahawa terdapat tiga aplikasi yg sedang digunakan iaitu AIMP3,Paint & Rainmeter.


Jike anda memileh Buka Aplikasi Aktif dan anda klik pada ikon aplikasi yg sedang aktif,tetingkap baharu utk aplikasi tu tak akan dibuke & tetingkap aktif aplikasi tersebot yg sedia ada akan dipaparkan.




                Kunci Item merupekan satu lagi pilihan seperti yg dh dijelaskan dlm bahagian klik kanan tadi.


Sekarang,aku nak tunjukkan tetapan di bahagian Ikon lak.


            Di bahagian Kualiti,anda leh mengawal kualiti paparan ikon2 pada dock.Terdapat tiga jenis kualiti yg leh dipileh iaitu rendah,sederhana & tinggi.Semaken tinggi kualiti ikon,semaken perlahan operasi RocketDock dan hipotesis ni amat tepat utk komputer berprestasi rendah.


                Kelegapan ikon RocketDock gak leh dikawal menggunekan slider Kelegapan.Nilai kelegapan leh diubah daripada 50%-100%.   Sekirenye anda memilih Kelegapan Zum dan nilai kelegapan kini anda ialah 69%(sbgai cth),ikon yg anda lalui dgn kursor akan dizumkan dgn kelegapan 100% dan bukan 69%.



                Saiz ikon pada RocketDock leh ditetapkan menggunekan slider Saiz.Saiz ikon leh diubah drpd 16px(piksel)-128px.Anda mungken mau menetapkan saiz yg kecik sekirenye semaken byk item yg anda letakkan di dock.


Tetapan Kesan Lalu Di Atas lak utk menentukan kesan zum terhadap item2 RocketDock sekirenye anda melalukan kursor di ruang dock.Terdapat tiga kesan yg leh dipilih iaitu Buih,Plateau & Rata.Pileh Tiada sekirenye anda tak maukan sbrg kesan.Dan amek perhatian bahawe kesan Buih & Plateau mempunyai perbezaan walaupon tk ketare.


Tetapan Zum adalah utk menetapkan saiz maksimum ikon RocketDock apebile anda melalukan kursor di ruang dock.Saiz zum boleh diubah drpd 1px-128px.


                Lebar Zum mengawal bilangan ikon di sekeliling yg akan turot dizumkan apebile mengezum ikon yg difokuskan.Lebar zum leh diubah drpd unit abitrari 2-10.



                Tempoh Zum mengawal tempoh yg diperlukan oleh ikon yg difokuskan utk zum sehingge mencapai saiz zum maksimum.Tempoh zum diukur dlm unit milisaat(ms) dan leh diubah drpd 100ms-500ms.


                Skrg,aku nk tunjokkan tetapan di bahagian Posisi lak.Tetapan pertame ielah Monitor.Jike komputer anda menggunekan lebeh drpd satu monitor,anda leh menentukan monitor yg akan memaparkan RocketDock.Tetapan Posisi skrin menetapkan kedudukan RocketDock di sisi skrin sama ada atas,bwh,kiri/kanan seperti yg telah aku nyatekan di bahagian menu klik kanan.


Pelapisan menentukan kedudukan RocketDock sama ade di sebalek atau di atas tetingkap aktif.Sentiasa di atas bermakne bahawe RocketDock akan sentiase berade di atas sume tetingkap kecuali tetingkap yg dah ditetapkan utk sentiase berade di atas.Memilih Normal menyebabkan RocketDock akan sentiase dilindungi oleh tetingkap yg aktif atau tetingkap baharu.Sentiasa di bawah meletakkan RocketDock sentiase di bwh sume tetingkap dan anda perlu pergi ke desktop utk memunculkan RocketDock.




Penengahan menentukan keseimbangan item RocketDock paling tgh iaitu jarak seimbang dri sisi skrin.Nilai keseimbangan bermula drpd -100% ke 100%.Utk kedudukan yg seimbang,tetapkan ke 0%.





             Tetapan menegak menetapkan kedudukan RocketDock dari tgh skrin sehingge ke kedudukan skrin paling tepi.Kedudukan boleh diubah drpd -15px ke 128px.Utk kedudukan thorbaek,tetapkan ke 0px.





Skrg aku akan tunjukkan tetapan bahagian Gaya lak.Tema merupekan latar blkg RocketDock.RocketDock menyediekan beberape tema yg leh ditukar mengikot kehendak korang.



Utk memuat turon lebeh byk tema yg tak disediekan oleh pemasangan asal,klik Dapatkan Lebih Banyak.Pelayar internet anda yg lalai akan dibuke & anda akan diarah ke laman web http://rocketdock.com/addons/skins utk memuat turon lebeh byk tema.

Kelegapan latar blkg dock leh dikawal menggunakan slider Kelegapan.


Jike anda tak mau melihat label ikon-ikon RocketDock,cume pileh Batalkan Label Ikon.


Penampilan/Rupe label ikon-ikon RocketDock leh dikawal dgn lima tetapan iaitu Pilih Fon,Warna bayang,Warna garis luar,Kelegapan garis luar & Kelegapan bayang.Ruang pratonton menunjokkan pratonton label item yg akan berubah-ubah setiap kali korang melakukan sbrg tetapan pd rupe label.





Pilih Fon=Anda leh pileh fon,warna fon,saiz & gaya.
Warna bayang=Anda leh pileh warna bayang fon.
Warna garis luar=Anda leh pileh warna garis luar label.
Kelegapan garis luar=Mengawal kelegapan garis luar label.
Kelegapan bayang=Mengawal kelegapan bayang label.

Jom beraleh ke bahagian Sikap lak.Kesan Perhatian Ikon menentukan animasi yg akan berlaku  terhadap ikon RocketDock apebile diklik.Ada dua variasi yg leh dipileh iaitu Kesan UberIcon & Lantun.



Tempoh sembunyi auto= Menentukan tempoh(dlm milisaat) yg diamek oleh RocketDock utk selesai muncol kembali sepenohnye setelah bersembunyi.

Penangguhan sembunyi auto=Menentukan tempoh yg akan ditunggu sebentar oleh RocketDock utk bersembunyi setelah kursor digerakkan dari ruang pengaktifan.


Penangguhan Pop Keluar menentukan tempoh yg ditunggu oleh RocketDock sebelom pop ke atas/bwh.





Akher skali,aku nk tunjokkan ruang Tentang.Ruang ni bukan ruang tetapan tetapi hanye menunjokkan versi dan pencipte RocketDock.



Nak versi terjemahan bahasa Melayu tak? owo Muat turon fail bahasa di sini.Cara penggantian fail bahasa turot disertekan d dlm fail zip tu.


Satu lagi rahsie RocketDock yg tak diketahui oleh kebanyakan penggune perisian ni sendiri……Anda leh menyembunyikan RocketDock(bukan menghentikan) dgn menekan kombinasi kekunci Ctrl+Alt+R.Anda gak leh memuncolkan RocketDock semule menggunekan care yg same.

Sekian je post kali ni…..Post ni mmg teramat pjg dan sekirenye anda berjaye membaca sehingge ke ayat ni,tahniah aku ucapkan!







1 comment:

  1. Sila amek perhatian bahawe RocketDock bukan tempat menyimpan fail dan file backup............RocketDock cume akan simpan sbgai pintasan tampilan.........Jika fail sbnr di lokasi sbnr dh hilang,maka pintasan fail tu pada RocketDock akan menjadi tk bergune gak.......hahaha.....!!!

    ReplyDelete