Yo!! Pekabar sume? Sihat? Alhamdulillah....Bagos sekirenye korang sihat belake...Kalu yg kurang sihat tu, gi lah klinik amek ubat. Hahahah! Orait! Dah lame aku tak post sesuatu ke blog sendiri. Dah lebih drpd satu tahun nampaknya. Biaselah, hidop sebagai sorang detektif memang amat sibok...Selalu je ke sana & ke sini utk menyiasat kes jenayah ataupon ape² je yg perlukan penyiasatan seperti kehilangan orang dan harte bende. Alamak! Tersasar plak drpd tujuan asal post ni!
Kali ni aku nak citerkan pasal sorang
lelaki yg telah melakukan satu tindakan biadab terhadap Sultan Johor. Rasenye anda sume dah tau pasal ni…Lelaki tersebut telah menunjukkan isyarat
jari tgh(middle finger) kpd rombongan
Sultan Johor di KM 92 Lebuhraya PLUS dekat Yong Peng pada hari Ahad, 20
Disember 2015.
Ketika kejadian pd pukol
11:20pg tu, Sultan Ibrahim yg
menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberape orang pegawai polis dlm perjalanan pulang dr Muar ke Johor
Bahru. Tetibe lak sorang lelaki
berumur 40 tahon yg memandu Perodua
Viva berwarne puteh dgn dekorasi anime
Love Live, Md Aris bin Husin telah menuronkan cermin tingkap
sblh pemandu lalu memberi salam
jari tgh serte penumbok dgn tangan
kanan. Mak aeh! Berani gile natang ni! Sultan
Ibrahim dgn segere memberhentikan keretenye dan menitahkan anggota polis
yg mengiringi baginda menahan lelaki
tu.
Kete pesalah yg ditahan |
Pesalah yg dlm perjalanan dr
Puncak Alam, Selangor menuju ke rmh ibu bapenye
di Parit Raja, Johor mengaku bahawa dia sengaje menunjukkan jari tgh. Namun dia tak tau lak bahawe orang di dalam kete tu ialah Sultan Johor! Mmg silap besarlah bro… Kalu kat dlm kete tu Jibby takpelah gak ko nak bagi jari tgh.
Suspek yg ditahan
Dah
lihat kete pesalah? Lawa bhai….Itasha Love Live! Mesti pesalah
gunekan kete ni utk ke Comic Fiesta 2015 yg berlangsung pada 19 & 20 Disember 2015. Sblom tu, tau tak ape tu itasha? Itasha merupakan istilah Jepun yg merujok kepade dekorasi kenderaan biasenye kete. Peminat itasha
akan menampal pelekat atau mengecat kenderaan diorang berdasarkan tema tertentu seperti logo syarikat, filem,
animasi, video games, seni corak dan sebagainye. Dalam kes pesalah ni, die merupekan peminat
anime/permainan muzikal Love Live lalu menampal sticker anime tersebot pada
keretenye. Tak sangke lak die ditahan
melakukan kesalahan biadab tersebot dgn
keretenye yg gempak tahap tu.
Kete Love Live pesalah
Nampak tak perkataan
yg tertere pd cermin blkg kerete pesalah? Yup, Malaysian
Itasha Movement iaitu sebuah komuniti yg mengumpulkan peminat² kereta itasha dari seluroh Malaysia. Ekoran
kejadian tersebot, halaman(page) Facebook Malaysian Itasha Movement
telah dipadam oleh admin halaman tu sendiri.
Mungken malu akibat perbuatan salah sorang ahli diorang. Hanye disebabkan sorang
pesalah ni, habes seluruh
komuniti itasha negara ni dipandang serong. Bak kata pepatah Mongolia; disebabkan susu sesudu, rosak dakwat seperiuk. Wakawakawaka!
Dan perkare ni mendatangkan
persepsi burok terhadap masyarakat yg
berkemungkinan akan menganggap bahawe
sume peminat anime sememangnya biadab walaupon
terhadap sultan. Perkare yg paling takleh blah bagi aku adalah ade gak weaboo Malaysia mengamuk akibat penahanan suspek padahal diorang tak tau citer sebenar pasal kebiadaban orang tersebot. Gelintiran
weaboo ni sangke bahawa suspek ditahan kerana menampal sticker Love Live pada kete…Hah!! Bace dululah sblom wat andaian melulu,gile!
Akher kate, janganlah
berlaku biadab di hadapan sultan ataupun kerabat diorang kerane diorang berdaulat bhai! Apetah lagi Sultan Ibrahim pulak yg dikenekan salam
jari tengah. Memang murka baginda dibuatnye.
Dan padan muke si pesalah tu. Laen kali, berwaspadalah kalu nak tunjokkan jari tgh di jln raye. Ape ko ingat leh sesuke hati wat camtu di
Malaysia ke? Ape ko ingat ko di Amerika skrg? Hahahahaha! Sekian!
No comments:
Post a Comment